SABAH

 Sabah, yang terletak di bahagian utara pulau Borneo, adalah khazanah keajaiban alam semula jadi dan keseronokan budaya. Daripada pulau-pulau yang masih asli kepada hutan hujan yang subur, negeri ini menawarkan pelbagai tarikan yang akan memikat hati mana-mana pengembara. Artikel ini akan membawa anda mengembara melalui beberapa tempat-tempat menarik di beberapa bandar-bandar di sekitar negeri Sabah yang boleh anda pertimbangkan ketika merancang Sabah trip anda.              

    TAMAN LAUT TUNKU ABDUL RAHMAN

Jutaan tahun yang lalu, terjadinya satu fenomena alam di mana ais mencair sehingga mengubah paras laut dan memberi kesan kepada kawasan daratan untuk terbahagi kepada beberapa buah pulau yang terasing.

Inilah yang terjadi kepada lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

Kesemua gugusan pulau inilah yang membentuk Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Daripada kesemua pulau ini, hanya empat buah pulau yang menjadi hotspot dalam kalangan para pelancong iaitu Pulau Gaya, Sapi, Manukan dan Mamutik.

Bagaimana untuk menikmati percutian di taman laut ni? Anda boleh berisland hopping, bersnorkeling, sea walking, menyelam skuba, parasailing atau sekadar berkelah.

Cukup banyak cara untuk bersatu dengan keindahan yang ditawarkannya.

Untuk menuju ke pulau-pulau ini, anda boleh mendapatkan bot dari Jesselton Point yang terletak di bandar Kota Kinabalu.

Sebelum ke sini, jangan lupa untuk membawa bekalan makanan dan minuman yang secukupnya kerana makanan yang dijual di pulau agak mahal.

Alamat: Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah

Waktu Operasi: 8.30 am – 5.00 pm (Jeti Dibuka Seawal 7 Pag

https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-sabah/



              MAGLAMI LAMI WATER HOUSE


Kalau bercuti di Semporna, pasti fikiran anda terbayang lautannya yang cantik dengan kejernihan air laut sehingga kelihatan terumbu karang. Apatah lagi jika menginap di chalet atas air. Apa yang anda impikan itu ada pada Maglami-Lami Waterhouse yang menawarkan satu penginapan atas air dengan harga berpatutan.

Terletak 30 minit dari jeti Semporna, chalet atas air ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti berkayak, snorkel dan menyelam di sekitar penginapan ini.

Chalet ini terletak di Pulau Bum Bum yang menghadap Pulau Bohey Dulang. Jika anda melakukan trip island hopping di sini, perjalanan ke Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan hanya mengambil masa 20 minit.

Jenis penginapan yang ditawarkan ialah standard triple, standard family dan vip chalet. Kesemua bilik ini menghadap laut dan memiliki balkoni untuk anda santai-santai merasai kesegaran angin laut.

Mengenai kemudahan yang ada di chalet ini, pihak pengurusan menyediakan bot untuk tetamu bagi perjalanan jeti Semporna ke sini serta melakukan aktiviti riadah lain seperti mendaki bukit di Pulau Bum Bum

Sarapan, minum petang dan makan malam yang disediakan pihak chalet memandangkan pergerakan tetamu agak terbatas kerana jauh dari tanah besar.

Namun begitu, percutian di sini benar-benar membuatkan anda melupakan segala masalah dan hiruk pikuk di kota. Penggunaan elektrik di sini juga amat terhad. Elektrik hanya digunakan pada waktu malam sahaja.

Bermakna percutian di sini benar-benar membuatkan anda dekat dengan alam semulajadi.

Pengalaman berada di sini sangat mengujakan. Tetamu boleh melihat sendiri kejernihan air sehingga terlihat banyak spesies marin yang bermain-main di bawah pelantar chalet.

Jika anda bernasib baik, anda dapat melihat kelibat beberapa ekor penyu berenang di sekitar chalet ini.

Lokasi: 91300 Semporna, Sabah


https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-sabah/


                KOLAM AIR PANAS PORING (PORING HOT SPRING)


Jangan disalah sangka, Kolam Air Panas Poring sebenarnya bukan sekadar kolam.

Di sini, anda bakal dikejutkan dengan bermacam aktiviti lain lagi yang dapat menceriakan percutian seperti menyertai canopy walk, melawati kawasan air terjun, melawati taman rama-rama dan muzium serangga, meneroka bat cave dan juga berjungle trekking. Keseronokan yang dapat dinikmati tanpa mengira usia.

Bagaimana pula dengan kolam air panasnya? Anda dapat merasai pengalaman berendam badan di dalam kolam air panas semula jadi yang berpunca dari gunung.

Bukan itu sahaja, untuk lebih privasi, anda boleh juga mendapatkan kolam peribadi dengan caj yang sangat berpatutan.

Tertarik untuk datang ke sini? Tunggu sehingga badan dah mula lenguh selepas seharian berjalan untuk merasai nikmati sebenar yang ditawarkan kolam air panas ni.

Airnya dikatakan memiliki kandungan sulfur yang mampu diserap badan untuk menghilangkan lenguh sendi.

Lebih sebab untuk datang ke sini? Kolam yang disediakan boleh digunakan tidak kira dewasa atau kanak-kanak, dan anda juga boleh memilih sama ada ingin mendapatkan mandian air panas atau sejuk.

Alamat: Kolam Air Panas Poring, 89309, Ranau, Sabah

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)


https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-sabah/


                 PULAU MATAKING


     

Dalam sekitar 40 minit dari Semporna terletaknya sebuah pulau yang cukup sempurna keindahannya, Pulau Mataking. Pulau ini juga seperti mana pulau disebut sebelum ini, terbahagi kepada dua iaitu Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil.

Pembahagian antara dua buah pulau ini terjadi kerana jujuran pasir pantai yang kecil dan yang hanya akan tenggelam di saat air laut sedang pasang.

Kalau anda tidak bercadang untuk menyelam skuba atau membasahkan badan di lautan, tawaran aktiviti lain juga tidak kurang banyaknya adalah seperti mencanting batik, mendapatkan rawatan spa di Jamu Spa, berkanu, berjungle trekking atau singgah ke Pulau Mataking Kecil yang hanyalah 20 minit berjalan kaki dari Pulau Mataking Besar.

Ingin menghubungi orang yang tersayang semasa bercuti? Jangan guna emel atau call yang agak cliché, alang-alang sudah sampai ke pulau ni, mai guna Pejabat Pos dalam air di Mataking ni.

Ya, anda boleh tinggalkan surat yang telah diletakkan dalam beg vakum ke dalam mailbox yang disediakan di kapal kargo yang telah ditenggelamkan ke dasar lautan.

Alamat: Pulau Mataking, Semporna, Sabah


https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-sabah/


                PULAU SAPI



Bagi yang sukakan aktiviti lasak, di Pulau Sapi terletaknya Coral Flyer yang merupakan zipline yang terpanjang di dunia, tak main-main, serius, zipline yang terpanjang di dunia adalah di Sabah, dari Pulau Sapi ke Pulau Gaya, nak berflying fox, inilah dia lokasi paling ekstrem untuk dicuba.

Aktiviti lain yang mesti dibuat kalau sudah berada di sini adalah seperti snorkelling dan selaman skuba terutamanya pada waktu-waktu yang mana matahari memancarkan cahaya yang cerah.

Kerana air disini agak jernih, cahaya matahari dapat menembusi air laut yang membolehkan anda menikmati panorama indah hidupan di sekeliling batu-batu karang laut yang penuh warna-warni dengan jelas sekali.

Bulan Februari sehingga Mei merupakan bulan yang terbaik untuk melawat Pulau Sapi disebabkan pulau ini memiliki segalanya yang diidamkan oleh pencinta alam semulajadi seperti air laut yang jernih, hutan yang mekar hijau dan pantai yang berpasir putih, maka pada musim cuti (selain Feb-Mei), agak meriah dengan para pelancong.

Alamat: Pulau Sapi, Kota Kinabalu 88000, Sabah


https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-sabah/

                  

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGENALAN