KEDAH
Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia, dekat dengan sempadan Thailand dan dianggap sebagai “mangkuk nasi” Malaysia, di mana separuh daripada pengeluaran beras negara berasal dari sini. Selain kepentingan pertaniannya kepada Malaysia, ia juga merupakan rumah kepada salah satu pulau yang paling popular di Malaysia, Pulau Langkawi. Jika anda sedang merancang percutian ke negeri ini, berikut adalah beberapa tempat menarik di Kedah yang perlu anda lawati.
Negeri Kedah Darul Aman sangat terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik untuk diterokai samaada di darat atau di laut. Salah satu tempat menarik di Kedah yang paling popular sudah tentulah tidak lain & tidak bukan, iaitu Pulau Langkawi. Selain di Langkawi, destinasi pelancongan di Kedah juga turut kaya dengan tarikan percutian pelbagai kategori samaada di kawasan air terjun, hutan lipur, kolam air panas, tepi pantai, mercu tanda, resort, chalet dan sebagainya.
Dari segi makanan, sudah tentu banyak menu menarik di Kedah yang pelancong boleh cuba seperti roti doll, laksa Kedah, pek nga & macam-macam lagi.
1. Pulau Langkawi
Kalau sebut sahaja pasal pelancongan di Negeri Kedah ini, rata-rata akan mencadangkan untuk bercuti ke Pulau Langkawi. Pulau lagenda yang boleh dikatakan pulau pelancongan yang paling popular di Malaysia ini menawarkan pelbagai tempat menarik yang sesuai untuk segenap usia samaada untuk percutian secara solo, bersama keluarga mahupun ketika berbulan madu.
Langkawi mempunyai pelbagai jenis tarikan pelancongan samaada destinasi pantai peranginan, muzium, aquarium, gua, tasik, bukit dan sebagainya. Paling kurang, sekali seumur hidup kita mesti bercuti ke Langkawi dengan membawa keluarga untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama yang tersayang
Alamat: Pulau Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Sepanjang tahun
Waktu Operasi Feri: 7.00 am - 7.00 pm (setiap jam ada feri)
Sumber : https://www.trixoli.com/ms-my/tarikan/malaysia/kedah/
2.Gunung Baling
Gunung Baling merupakan salah satu gunung yang terbaik untuk mendaki di Semenanjung Malaysia. Pendakian gunung ini tidak mudah, jadi pemakaian kasut dan pakaian yang sesuai adalah sangat penting. Walaupun sesetengah laluan adalah curam, terdapat pegangan dan tali untuk membantu anda dalam perjalanan anda.
Sepanjang perjalanan anda, anda bukan sahaja akan melalui hutan tetapi juga beberapa gua misteri. Ganjaran daripada pendakian ini adalah pemandangan 360 darjah yang menakjubkan di kawasan itu.
Sekiranya anda ingin berada di kawasan pulau yang cantik di Kedah selain di Langkawi, Pulau Songsong adalah satu destinasi yang ideal untuk anda terokai. Terdapat juga beberapa pulau berhampiran yang tidak kurang menariknya seperti Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Bunting. Percaya atau tidak, pesisiran pantai & air laut di Pulau Songsong sangat jernih serta membiru membuatkan terasa seperti berada di kepulauan pantai timur atau di kepulauan di Sandakan, Sabah.
Pulau yang terletak 5-6 km (15 minit perjalanan) dari darat ini boleh pengunjung lawati dengan menaiki bot di Jeti Sungai Udang. Pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkeling untuk melihat ikan-ikan & taburan terumbu karang yang sangat cantik setanding destinasi pulau popular lain di Malaysia. Sayangnya, pulau kecil yang cantik ini tiada penginapan & tidak berpenghuni. Sekiranya anda seorang yang obses dengan aktiviti pengembaraan atau camping, destinasi ini perlu anda pertimbangkan untuk lawati.
Sumber : https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-kedah/
4.Muzium Diraja Kedah
![]() |
Asal bangunan Muzium DiRaja Kedah adalah sebuah istana yang pernah didiami oleh beberapa Sultan Kedah pada zaman dahulu. Bangunan ini diberi nama sebagai Istana Pelamin setelah istiadat perkahwinan DiRaja yang cukup meriah diadakan di sini pada tahun 1904. Pada tahun 1983, KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah mengarahkan istana ini dibaikpulih dan dijadikan sebagai Muzium DiRaja sempena sambutan Jubli Perak.
Kalau anda datang ke muzium ini, anda dapat melihat pameran pelbagai koleksi oleh KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan kerabat Diraja Negeri Kedah yang lain.
Lokasi: Muzium Diraja, Medan Bandar, Jalan Raja, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (9.00pagi – 5.00petang) | Jumaat (Tutup Sebentar Pada Pukul 12.30tengah hari – 2.30petang)
Harga Tiket: Percuma
Sumber : https://ammboi.my/tempat-menarik-kedah/
5. Menara Clock Tower / Menara Jam Besar
Merdeka Clock Tower ataupun Menara Jam Besar ini adalah sebuah binaan klasik yang telah berdiri dengan teguh di hadapan Masjid Zahir sejak tahun 1912 lagi.
Mengenai seni binanya, dapat dilihat unsur kesenian Islam dengan kewujudan bulan sabit dan kubah. Namun begitu, apabila diamati ukiran di bahagian bawah menara, wujud pengaruh Hindu terutama sekali ukiran pada bahagian pintu masuk menara.
Gabungan yang agak unikkan?
Pada suatu ketika dahulu, menara jam ini akan berbunyi untuk menandakan masuknya waktu solat. Ini akan diikuti dengan paluan gong atau nobat di Balai Nobat sebelum azan mula dilaungkan di Masjid Zahir.
Alamat: Alor Setar, Kedah
Sumber : https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kedah/
Comments
Post a Comment