PULAU PINANG

    Apabila sebut sahaja mengenai Pulau Pinang pastinya teringat, Jambatan Pulau Pinang (Penang Bridge) ataupun bangunan Komtar yang menjadi ikon bagi negeri yang digelar Pulau Mutiara. Baca juga pengalaman kami pergi ke semua senarai tempat menarik melaka.



    Kami sarankan pergi bawa masuk kereta melalui Jambatan Pulau Pinang. Terus terang kami katakan. Kami sangat sukakan Pulau Pinang, terutamanya deretan pilihan makanan di sana. Tidak memeranjatkan jikalau CNN Travel meletakkan Pulau Pinang sebagai salah satu SYURGA makanan dunia. Tahniah orang Penang. Banyak tempat menarik di georgetown Pulau Pinang sebenarnya.

    Sebelum itu, jangan lupa sebelum anda pergi ke tempat tempat menarik yang kami senaraikan di bawah ini, singgah dahulu ke Penang Street Art & Street Art Balik Pulau. Terpapar lukisan-lukisan seni hasil artis jalanan tersohor dunia, Ernest Zacharevic & Julia Volchkova. Ambil gambar di sana cantik!

    10 tahun lalu dibanding sekarang, terlalu jauh beza. Sekarang lebih Happening. Banyak tempat menarik yang menarik dan best di Pulau Pinang yang boleh anda pergi untuk jalan jalan penang. Antara tempat best di Penang yang boleh dimasukkan dalam itinerary ketika bercuti di penang ialah:

1.Escape Theme Park 



Escape Theme Park atau Taman Tema ESCAPE ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang gemar dengan aktiviti lasak dan mencabar. Di taman tema ini terdapat pelbagai jenis permainan yang sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga.

Untuk pengetahuan anda, taman tema ini terbahagi kepada tiga zon iaitu pengembaraan, permainan air dan graviti. Anda boleh pilih mana-mana zon yang anda ingin untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak.

Untuk bayaran tiket masuk, harga adalah bergantung kepada umur pengunjung bermula dengan harga RM 103 untuk kanak-kanak berumur 4 - 12 tahun dan RM155 untuk dewasa berumur 13 - 60 tahun. Anda boleh dapatkan tiket masuk melalui laman web Traveloka.

Waktu operasi: Selasa – Ahad | 10.00 pagi – 6.00 petang

Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.


Sumber :

https://www.traveloka.com/ms-my/explore/destination/tempat-menarik-untuk-kanak-kanak-di-penang/307543


2.Entopia




    Tempat ini yang dahulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang, telah diberikan nama barunya iaitu Entopia, yang dicipta berdasarkan gabungan dua perkataan iaitu Entomologi dan Utopia. Entomologi merupakan pengkhususan saintifik atau cabang ilmu pengajian dan penyelidikan serangga manakala Utopia merupakan sebuah konsep rekaan yang menggambarkan suatu dunia khayalan ibarat berada di syurga.

Misi Entopia adalah ingin memberi inspirasi kepada orang umum untuk bersatu semula dengan alam semula jadi melalui detik-detik keajaiban di Entopia. Justeru itu, pengunjung berpeluang mengenali pelbagai jenis serangga seperti rama-rama, pepatung, kelip-kelip, kumbang, mentadak dan haiwan invertebrata lain seperti labah-labah, kala jengking dan ulat gonggok apabila mengunjungi tempat ini. Selain daripada itu, pengunjung dapat berinteraksi dengan pelbagai jenis reptilia dan amfibia di habitat ciptaan semulanya. Pada keseluruhannya, pengunjung dapat memerhati dan menghayati kehidupan sebanyak 150 spesies fauna (invertebrata dan haiwan lain) di sepanjang keseluruhan pameran di Entopia.

Entopia merupakan sebuah pusat pembelajaran unik di mana pengunjung bukan sahaja dapat meninjau keajaiban alam sekitar, malahan dapat menghayati keindahan alam semula jadi. Terdapat dua dunia baru di Entopia iaitu Natureland (taman luaran atau ‘outdoor gardens’) dan Cocoon (pusat penemuan tertutup atau ‘indoor discovery centre’).

Sumber : https://www.entopia.com/maklumat/

3.Akuarium Tunku Abdul Rahman



Akuarium Batu Maung atau nama sebenarnya Akuarium Tunku Abdul Rahman ialah sebuah pusat pameran hidupan marin dan air tawar yang sangat menarik untuk dilawati. Ia bagaikan mini Aquaria atau mini Underwater World.

Tempat ini tidaklah besar sangat tetapi susun-aturnya cantik dengan rekaan dalaman yang kemas dan menarik. Ruang pamerannya agak selesa walaupun ada rombongan tadika dan sekolah hadir pada hari saya melawat.

Lokasi Akuarium Batu Maung ini tidak jauh dari Jambatan Kedua Puau Pinang. Melalui Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, keluar ke Jalan Batu Maung. Akuarium terletak disebelah kanan bertentangan dengan Pejabat Pos Batu Maung.

Alamat:
Akuarium Batu Maung
FRI Batu Maung,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 5.00 pm

Tutup : Rabu


    Tarikan di Akuarium Batu Maung ialah pameran hidupan marin dan air tawar yang terdiri daripada 100 spesis ikan marin, 27 tangki spesis ikan air tawar dan 10 spesis tumbuhan akuatik.Seronok melihat berbagai spesis ikan berbagai warna dan saiz. Rekaan dalaman akuarium juga menarik sesuai dengan ikan berkenaan. Jika diteliti, ikan-ikan ini ada perangainya yang tersendiri. Patutlah memerhatikan ikan dianggap satu terapi. Ia memang memberi ketenangan.

Sumber :

https://www.percutianbajet.com/pulau-pinang/aquarium-batu-maung


4.Bukit Bendera



    Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera (Bahasa InggerisPenang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.

    Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, serta Masjid Muslim di puncaknya.

    Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.

    Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Bendera


5.Muzium Perang

Muzium Perang Pulau Pinang (Penang War Museum) di Bukit Batu Maung ialah sebuah kubu yang dibina oleh pihak British pada tahun 1930 dan 1941 mulai popular sebagai kawasan di mana pertempuran menentang pencerobohan askar Jepun dan diiktirap sebagai muzuium perang terbesar di Asia Tenggara.

    Terletak di tenggara Pulau Pinang, Muzium Perang Pulau Pinang (Penang War Museum) terletak di puncak bukit yang pernah menjadi lokasi kubu British dengan keluasan 20 ekar. Kubu ini dibina pada 1930 untuk melindungi pulau ini daripada pencerobohan Jepun dari laut.


    Sewaktu tentera Jepun menduduki Pulau Pinang, tentera Jepun menjadikannya sebagai pangkalan tentera dan juga penjara di mana segala hukuman dan penyeksaanterhadap banduan dijalankan. Setelah WWII, kubu ini telah ditinggalkan dan hutan telah mengelilingnya. Setelah 30 tahun, kerja-kerja menuntut tanah tersebut telah dijalankan untuk mengambil alih tempah dan Muzium Perang ini telah dibuka sebagai sebuah memorial dan pusat pendidikan.



Kini, kebanyakan bangunan dan terowong bawah tanah dibinal oleh Jurutera tentera Bristish dan buruh kasar tempatan masih lagi wujud untuk anda lawati bersama gambar-gambar lama dan informasi mengenai artifak, dan gaya hidup askar dan banduan yang pernah tinggal di sini.


Lokasi

 Jalan Batu Maung, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

 9:00 pagi - 6:00 petang | 7 hari minggu, termasuk cuti sekolah & cuti umum



    Kesimpulannya, Pulau Pinang adalah penuh dengan kekayaan budaya dan keindahan semula jadi, menawarkan pelbagai pengalaman yang sesuai untuk setiap jenis pelancong. Dari jalan-jalan bersejarah dan masakan penuh perisa hingga ke pantainya yang indah dan kehijauan yang subur, Pulau Pinang adalah destinasi yang menjanjikan kenangan yang tidak dapat dilupakan.


Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN