KELANTAN
Kelantan adalah salah satu daripada 14 negeri di Malaysia yang terletak di timur laut Semenanjung Tanah Melayu. Nama Kelantan dikatakan mempunyai beberapa asal usul, antaranya adalah daripada perkataan ‘gelam hutan’, ‘kilatan’, atau ‘kolam tanah’. Kelantan juga dikenali sebagai Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, dan Negeri Cik Siti Wan Kembang pada masa dahulu.
Kalau anda tak tahu, Kelantan atau lebih mesra digelar sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang wajib dilawati. Ia sebuah negeri yang tidak terlalu pesat seperti Melaka atau Pulau Pinang walaupun ia juga dikategorikan sebagai salah satu pusat pelancongan di Malaysia.
Hari ini, kita akan senaraikan tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati sekiranya anda terfikir untuk berkunjung ke Kelantan. Tempat-tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin membeli-belah, membuat aktiviti rekreasi, bersantai dan menikmati keindahan Kelantan secara menyeluruh.
Tempat Menarik Di Kelantan
1. Wakaf Che Yeh
Wakaf Che Yeh merupakan hab membeli-belah yang popular bila kita bercakap mengenai apa aktiviti yang ingin dilakukan di Kelantan. Setiap kali ada pelancong yang datang ke Kelantan untuk bercuti, mereka pasti tak terlepas daripada melawati Wakaf Che Yeh kerana itulah masa terbaik nak membeli-belah pada harga yang murah-murah belaka.
Wakaf Che Yeh buka pada belah siang dan malam tapi apa yang menarik adalah pada belah siang, ia merupakan tempat untuk warga tempatan hadir membeli barangan asas seperti bahan mentah atau barangan rumah, tapi pada belah malam, ia bertukar menjadi pasar malam yang rancak. Anda boleh mendapat aneka makanan tempatan dan barangan-barangan murah seperti pakaian, aksesori dan banyak lagi.
Maklumat lokasi:
sumber: Tempat Menarik di Kelantan: Senarai Percutian Paling Best dan Hits
2. Pasar Siti Khadijah
Kalau bercuti ke Kelantan tapi tak singgah ke Pasar Siti Khadijahnya, anda kena tanya diri sendiri, “Betul ke tengah bercuti di Kelantan?” Sebab ini adalah lokasi wajib singgah kalau bercuti ke Kelantan.
Kompleks perniagaan 4 tingkat ini diberikan nama sempena isteri Rasulullah S.A.W yang juga merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya sesuai dengan peniaga-peniaga di sini yang terdiri daripada kaum wanita.
Antara barangan yang diniagakan di sini adalah tudung, batik, pakaian, kain dan banyak lagi dalam harga yang tak membuatkan anda berfikir 2-3 kali untuk beli.
Hasil-hasil segar seperti sayur, buah dan daging-daging juga sangat banyak di dalam pasar ni. Kalau anda nak bershopping dengan lebih tenang, datanglah seawal yang mungkin, seelok-eloknya sebelum waktu tengahari.
Alamat: Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 6.00 pm)
Sumber:30 Tempat Menarik Di Kota Bharu (2024) | Bandar Raya Islam
3.Pantai Senok
Pantai Senok juga dikenali sebagai ‘Pulai Nami’ yang terletak di daerah Bachok kini sering ditarik perhatian pengunjung setempat mahupun pelancong luar sejak lokasi ini menjadi viral di Facebook.
Pemandangan di Pantai Senok ini umpama di ‘Nami Island’ yang dikelilingi pokok rhu yang disusun cantik dan lurus secara semulajadi.
Pantai ini sesuai dijadikan tempat untuk berswafoto bersama keluarga dan rakan atau tempat untuk sambutan acara tertentu seperti pre-konvo, pre-wedding dan sambutan hari jadi.
Jadi, tidak rugi anda ke sini dan wajib pergi kalau anda mahu dapatkan hasil gambar yang cantik.
4. Kampung Kraftangan Dan Muzium Kraf
Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf yang juga dikenali sebagai Balai Getam Guri dalam kalangan penduduk tempatan merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mempamerkan industri kraftangan tempatan di Kelantan. Ia merupakan muzium kraf halus yang mempamerkan ketukangan dalam masyarakat Kelantan. Sulaman tradisional, batik, perak dan tikar adalah antara kraftangan yang ada.
Pengunjung boleh melihat dan mempelajari proses penghasilan kraf tersebut,
termasuk demonstrasi kerja menghasilkan hasil jahitan tradisional, tenunan songket, dan lukisan batik yang dilakukan dengan mahir oleh tukang. Ini juga merupakan tempat menarik di Kota Bharu yang popular untuk mendapatkan cenderamata untuk rakan anda.
Sumber:11 Tempat Menarik di Kota Bharu (2024) - Trixoli
Masjid Razaleigh, dengan keindahan seni binanya yang unik dan menawan, adalah salah satu tempat menarik di Kota Bharu.
Sebagai pusat keagamaan yang penting dan bersejarah di Kelantan, masjid ini menarik pelancong yang berminat dengan kebudayaan Islam. Fotografi seni bina di sini menawarkan peluang untuk mengabadikan struktur yang mengagumkan.
Masjid ini terletak di kawasan yang indah dan tenang, menambah ketenangan pada pengalaman spiritual bagi pengunjung.
Tempat ini tidak hanya menawarkan keindahan fisik, tetapi juga pengalaman spiritual yang mendalam, menjadikannya tempat yang sempurna untuk mencari ketenangan dan kedamaian.
- Harga tiket: Percuma
- Waktu operasi: 24 jam, setiap hari
- Alamat lengkap: Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
- Nombor telefon: 09-748 1000
Comments
Post a Comment