PERLIS
Ada rancangan nak bawa keluarga pergi jalan-jalan tahun depan? Dah nak hujung tahun dah ni, tapi tak perlu risau sebab anda masih ada masa untuk bercuti dengan keluarga tahun depan. Ke mana kita nak pergi kali ini? Berdasarkan tajuk artikel ini sahaja, anda dah tentu tahu kita nak pergi mana.
Ada ke tempat menarik di Perlis? Negeri kecil je tu. Jangan main-main, Perlis pun gempak tau. Perlis memang negeri terkecil di Malaysia, tapi nilai keunikannya antara yang terbesar dari negeri-negeri jiran yang lain. Ia ada banyak tempat-tempat menarik yang sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga. Jom tengok apa yang menarik di sana!
1. Gua Kelam
Gua Kelam, antara ciptaan semula jadi yang sangat unik dan indah. Siapa takkan tergamam dengan kemegahan gua ini, yang memberikan aura misteri, ngeri dan pada masa yang sama, tenang. Inilah masa terbaik untuk bawa keluarga menikmati keindahan alam semula jadi ini, sementara ia masih ada dan masih terjaga.
Gua ini berhampiran dengan Kangar, jadi, jika anda melalui Kangar, anda boleh singgah menikmati gua batu kapur yang sudah sekian lama masih bertahan dan berkongsi tarikannya dengan keluarga.
Alamat: Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis
Waktu operasi: 9 pagi - 5 petang (setiap hari minggu kecuali Rabu) dan 9 pagi - 6 petang (setiap hujung minggu)
Sumber :
https://www.traveloka.com/ms-my/explore/destination/tempat-menarik-di-perlis-acc/190169
2.Taman Herba Perlis
Taman Herba Perlis yang berkeluasan 12 hektar ini terletak bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer dan Taman Ular dan Reptilia.
Taman Herba Perlis ini berfungsi sebagai bank genetik untuk sekitar 1200 jenis tumbuhan herba. Ya, jangan tak percaya, sangat banyakkan?
Anda sekeluarga bukan sahaja dapat melihat dan menyentuh tumbuhan ini tapi boleh juga mengambil peluang untuk merasa tumbuhan-tumbuhan berkhasiat ini asalkan tak merosakkan pokok.
Di sinilah anda dapat melihat di depan mata sendiri pokok-pokok yang terkenal dalam perubatan masyarakat tempatan seperti Kacip Fatimah, Tongkat Ali, Mengkudu, Selasih dan banyak lagilah.
Bermacam ilmu tentang khasiat-khasiat tumbuhan yang dapat anda sekeluarga pelajari, banyaklah petua yang anda dah tahu andai kata sesiapa dalam keluarga anda tak sihat kan?
Alamat: Rimba Herba Perlis, Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm) | Jumaat Tutup Sementara Dari 12.15pm – 2.45pm)
Bayaran Masuk:Dewasa RM1 | Kanak-kanak & Pelajar RM0.50
Sumber :https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-perlis
3.Masjid Alwi
Masjid Alwi adalah salah satu tarikan buatan manusia tertua di Kangar, dibina pada tahun 1933 dengan sumbangan daripada penduduk tempatan. Masjid ini telah ditetapkan sebagai khazanah negara pada tahun 2018, yang merupakan penghormatan besar bagi masyarakat setempat dan diperbuat daripada kayu, yang menjadikannya mudah untuk membezakan daripada struktur lain yang lebih mengagumkan di kawasan ini. Walaupun struktur kayu masjid ini kini berada dalam keadaan teruk, ia masih boleh menempatkan sehingga 500 jemaah dengan hasil pembaikan dan pengubahsuaian yang kerap.
Jubin di bahagian luar masjid diimport dari Sumatera Utara. Anda juga boleh melihat batu bata dengan motif Cina kerana Perlis dikenali sebagai negeri perdagangan pada zaman dahulu. Kubah hitam pada struktur putih yang cantik ini, salah satu ciri yang membezakan masjid ini dinamakan sempena nama Raja Perlis pada masa itu.
Sumber : https://www.trixoli.com/ms-my/tarikan/malaysia/kangar/
4.Ladang Kenaf
Ini adalah tarikan pertama dan sangat rugi kalau korang tak pergi iaitu Ladang Kenaf yang merupakan 'hidden gem' terbaru di Perlis!
Berada di sini seolah-olah korang sedang melancong ke luar negara. Manakan tidak, suasana deretan pokok bunga kenaf yang berwarna putih menyajikan pemandangan indah dan memukau seakan berada di taman bunga negara sejuk Eropah.
Kawasan Ladang Kenaf terletak di tepi jalan laluan utama ke Padang Besar dan kalau korang nak tahu tempat ini sebelumnya merupakan ladang penanaman tebu yang mana Perlis pernah menjadi pengeluar kilang gula terbesar di Malaysia sebelum berpindah ke Johor.
Kalau datang bergambar di Ladang Kenaf ini korang bawalah beberapa props seperti kerusi, topi besar atau selendang untuk gambar yang lebih estetik. Nak rakam video ala-ala tengah 'healing' pun menarik kat sini!
Lagi satu pastikan jika ke sini korang standby dengan payung, air dan cermin mata hitam sebab tempat ini walaupun cantik tetapi sangat panas ya...panaih lit lit bak kata oghang utagha! Tapi gambar memang kebaboom cantiknya!
Masuk ke ladang ini percuma saja dan kalau korang bawa drone memang lagi gempak video korang. Maklumlah Ladang Kenaf ini sangat luas ya!
Sumber :
https://rileklah.com/travel/15-tempat-menarik-untuk-bercuti-di-perlis-sempena-tahun-baru-2023-ni
5.Kangar Street Art
Kangar Street Art adalah sebuah seni mural yang terletak di tengah-tengah Bandar Kangar. Seni mural ini dipaparkan melalui lukisan di dinding bangunan di pusat bandar, yang menjadi daya tarik bagi penduduk tempatan serta pelancong yang mengunjungi Negeri Perlis. Mural-mural ini direka untuk menonjolkan tarikan dan identiti unik Negeri Perlis.
Kangar Street Art sebenarnya terletak di lorong kenderaan di belakang bangunan dan berfungsi sebagai tempat letak kereta. Walaupun begitu, tempat ini telah diubah menjadi galeri seni jalanan yang menarik, menawarkan pengalaman visual yang unik kepada pengunjung.
Beberapa lukisan yang mendapat perhatian khas pengunjung termasuklah Nat Pokok Getah, Tak Jadi Duit, Ladang Tebu Chuping, Awang Batil, Warisan Terluka, Suara Alam (Bukit Ayer), dan Cendol Padang Pauh. Lukisan-lukisan ini tidak hanya mempercantik bandar Kangar, tetapi juga menceritakan kisah-kisah sejarah, budaya, dan alam sekitar Perlis.
Sumber : https://destinasipercutian.com/tempat-menarik-di-perlis/
Bagi yang sudah puas menikmati kehidupan di bandar, suasana desa dapat mengembalikan kewarasan fikiran yang telah terlalu ‘dihantui’ kesibukan di kota. Dah puas bercuti di Perlis, naik pula feri dari Kuala Perlis untuk ke Langkawi, percutian dua dalam satu gitu.
Sekian sahaja penulisan kali ini, diharapkan senarai tempat menarik di Perlis ini dapat membantu anda merancang percutian ke Perlis nanti. Semoga berseronoklah anda sekeluarga di negeri Perlis Indera Kayangan!
Comments
Post a Comment